NFP – Data Pekerjaan Meningkat ke 312K, Lebih Besar Berbanding Jangkaan

1,550

Pada jam 9:30 malam sebentar tadi, pelabur telah menerima berita daripada Amerika Syarikat dan Kanada dalam sektor pekerjaan untuk bulan Disember.

Menyentuh kepada negara Amerika Syarikat, terdapat 1 set data pekerjaan yang mengandungi 3 data penting iaitu NFP, purata pendapatan dan kadar pengangguran. Data NFP ataupun jumlah pekerjaan yang tidak termasuk sektor pertanian mencatatkan kenaikan jauh lebih tinggi daripada angka November iaitu 312K berbanding 176K yang disemak semula.

Yang keduanya, antara data tumpuan bank pusat Federal Reserve iaitu purata pendapatan, merekodkan bacaan yang positif dengan kenaikan sebanyak 0.4% berbanding 0.2% sebelumnya. Bacaan ini boleh memberi impak yang baik kepada data inflasi pada Jumaat hadapan.

Akhir sekali dalam set data pekerjaan AS, kadar pengangguran mengalami sedikit kekecewaan dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 0.2% daripada 3.7% kepada 3.9% sekaligus menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat AS sedang mencari pekerjaan.

Sementara itu di Kanada pula, Suruhanjaya Tenaga Buruh Kanada melaporkan bahawa sebanyak 9,300 pekerjaan baru dicipta untuk bulan Disember yang juga disokong oleh pekerjaan sepenuh masa. Manakala kadar pengangguran pula kekal stabil pada 5.6% berbanding jangkaan pasaran iaitu 5.7% kenaikan.

Secara keseluruhan, data pekerjaan yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara sesi New York ini adalah positif.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat