NFP – Kadar Pengangguran Capai Paras Terendah Hampir 50 Tahun Lalu

1,082

Matawang US dollar melemah seketika dan menguat semula selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi dengan kombinasi tiga data pekerjaan yang agak memberangsangkan. Pair USD/JPY membuat kejatuhan sejurus data dikeluarkan, dan kini menguat setakat pada pukul 8.37 malam.

Data NFP mencatat tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat sebanyak 134,000 pada bulan September jauh kurang daripada jangkaan tambahan sebanyak 185,000 pekerjaan dengan kadar gaji (Average Earnings) merekodkan bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) meningkat 0.3% menepati jangkaan pasaran.

Manakala satu lagi data iaitu kadar pengangguran pula merekodkan bacaan 3.7% semakin baik berbanding bulan-bulan yang lalu di mana bacaan mencapai paras terendah hampir 50 tahun lalu.

Dengan data tumpuan Average earnings, kadar pengangguran yang begitu memberangsangkan, dan tambahan pekerjaan yang meleset dari jangkaan pasaran – Ia dijangka cenderung mengukuhkan US dollar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat