NFP Kecewakan Jangkaan Agresif Pasaran! Reaksi USD Macam Mana?

721

Dolar greenback didagangkan merosot pada sesi Asia selepas dikecewakan oleh laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang menunjukkan bacaan yang tersasar jauh dari jangkaan pasaran.

Malangnya, bacaan NFP tidak seperti yang diharapkan oleh pasaran dengan hanya mencatatkan penambahan 194,000 pekerjaan pada bulan September berbanding jangkaan untuk meningkat sebanyak 500,000.

Ia juga menurun dari angka yang disemak semula pada bulan Ogos sebanyak 366,000 pekerjaan. Kadar pengangguran pula turun kepada 4.8% daripada 5.2% sebelumnya.

Walaupun susut, tetapi US dolar masih dilihat kukuh dengan keyakinan pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengumumkan akan mula mengurangkan pembelian asetnya pada bulan depan.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit susut pada 94.08 berbanding pesaing utamanya. Untuk pengetahuan, bank-bank AS ditutup hari ini sempena Colombus Day. Oleh itu, pergerakan dipamerkan USD hari ini mungkin agak terhad.

Optimisme ini juga mendorong hasil bon AS 10 tahun lebih tinggi pada 1.61%, sekali gus membenam matawang yen Jepun ke tahap terendah sejak April 2019 berbanding US dolar.

Selepas NFP, antara acara penting yang menjadi tumpuan pasaran seterusnya pada minggu ini adalah data inflasi AS dan penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat