NFP Kurang ‘Power’, Tapi Kenapa Emas Terus Melemah?

976

Logam kuning emas kekal didagangkan rendah walaupun bacaan data pekerjaan Amerika Syarikat menunjukkan bacaan yang kurang memberangsangkan pada bulan Disember.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $1,794 per auns, sementara niaga hadapan emas pula suram pada $1,793 per auns.

Tanpa dijangka, ekonomi AS hanya mencatatkan pertambahan sebanyak 199,000 pada bulan Disember berbanding jangkaan untuk meningkat 426,000 pekerjaan. Ini merupakan tahap paling lemah pernah dicatatkan sejak Oktober 2021.

Walaupun begitu, kadar pengangguran menunjukkan penurunan kepada 3.9% daripada 4.2% sebelumnya dan pertumbuhan gaji pula lebih kukuh, sekali gus memberi dorongan buat hasil bon AS 10 tahun untuk meningkat lebih tinggi pada tahap 1.76%.

Peningkatan hasil bon menyebabkan dagangan emas gagal mendapat keuntungan daripada kelemahan dalam pertambahan pekerjaan di AS dan kemerosotan yang dicatatkan US dolar.

US dolar yang pada mulanya menjunam susulan data tersebut, dilihat kembali meningkat pada sesi Asia.

Menurut penganalisis, walaupun data utama NFP menunjukkan penurunan, tetapi butiran dalam pasaran buruh dilihat kukuh. Pasaran buruh yang kuat di AS, boleh menyokong kenaikan kadar faedah lebih awal dari Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat