NFP Malam Ini, Ini Data Tumpuan Yang Trader Patut Tahu!

1,893

Setiap hari Jumaat pertama setiap bulan, badan statistik buruh di AS akan mengeluarkan data mengenai laporan pekerjaan di US. Data ni adalah laporan untuk data bulan lepas. So malam ini adalah data untuk bulan 10.

Ada 3 data penting untuk data pekerjaan US:

1) Non Farm Employment : Data pekerjaan yang tidak termasuk pekerjaan perladangan.
2) Unemployment : Data kadar pengangguran.
3) Average Earnings : Data purata pendapatan.

Pada masa ini, data yang menjadi tumpuan bank pusat AS iaitu Federal Reserve adalah:
1) Pertumbuhan ekonomi (GDP) – 3.5%, berada atas daripada jangkaan bank pusat iaitu sekitar 3.2%.
2) Pengangguran. -3.7%, selari dengan jangkaan bank pusat.
3) Inflasi – 2.3%, atas daripada jangkaan bank pusat.

Data-data ini boleh dipanggil sebagai data utama yang dilihat oleh bank pusat sebelum membuat keputusan terhadap polisi bank pusat semasa mesyuarat FOMC samaada hike rate, cut rate, hold dan sebagainya.

Boleh lihat disini untuk projection (unjuran/jangkaan) bank pusat untuk data GDP, Unemployment dan inflation:
https://www.federalreserve.gov/monetarypolicy/files/fomcprojtabl20180926.pdf

Apa yang menjadi perhatian pelabur pada malam ini lebih kepada data unemployment dan average earning

1) Unemployment – Ini adalah data yang menjadi perhatian FED.

2) Average earnings – Ini merupakan data purata pendapatan (gaji) penduduk di Amerika Syarikat dimana data ini boleh memberi kesan kepada inflasi, iaitu data utama yang menjadi tumpuan FED. Jika pendapatan penduduk bertambah, perbelanjaan akan meningkat. Perbelanjaan meningkat akan membuatkan permintaan terhadap barang-barang meningkat. Permintaan barang meningkat boleh menyebabkan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang cenderung terjadinya inflasi yang menaik. Inflasi menaik, kemungkinan FOMC akan datang FED menaikkan kadar faedah di AS.

Jika kedua-dua data ini baik, boleh cari buy matawang USD pada minggu hadapan dan sebaliknya.

Jangkaan pasaran terhadap data malam ini (2 november 2018)

1) NFE – Akan terdapat kenaikan daripada 134K kepada 194K.
2) Average Earnings – Jangkaan penurunan dari 0.3% kepada 0.2%
3) Unemployment – Diramalkan kekal pada 3.7%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat