NFP Malam Nanti, Nak BUY Ke SELL?

1,312

US dolar telah mendapat tempat di hati pelabur sepanjang minggu ini dan sekarang mereka tertanya-tanya apakah laporan pekerjaan non-farm payrolls (NFP) Amerika Syarikat malam ini, akan mendorong matawang euro ke tahap terendah 2 bulan atau pasangan USD/JPY ke atas paras harga 106.

Setelah menyaksikan beberapa siri penurunan sejak kebelakangan ini, para pelabur kini menjangkakan terdapat peningkatan dalam pekerjaan NFP AS pada bulan Januari, disokong oleh optimisme terhadap pelancaran vaksin dan rangsangan fiskal oleh kerajaan pada Disember.

Pada awal sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama diperdagangkan mengukuh di paras tertinggi 2 bulan pada 91.52.

Matawang berkaitan komoditi mencatatkan kerugian sederhana dengan diniagakan di sekitar paras harga yang sama sejak awal minggu.

Dolar Aussie dilihat kurang terkesan dengan kenyataan polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang diterbitkan pagi ini.

Berbeza dengan matawang utama lain, pound sterling terus meraih pengukuhan susulan keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) malam tadi, yang menyaksikan kadar faedah kekal tidak berubah pada 0.10%.

Apa yang menyokong kenaikan pound sterling adalah petunjuk yang diberikan oleh bank pusat untuk mengurangkan program pembelian bon dan pelaksanaan kadar faedah negatif mungkin tidak akan dilakukan dalam waktu terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat