NFP Mengecewakan, Ini Jangkaan Kadar Faedah FED Pada Disember!

560

Pasaran memulakan dagangan pada awal minggu ini dengan menghadam laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan pada Jumaat lalu.

Dagangan sesi terakhir minggu lalu menyaksikan penyusutan ketara nilai US dolar disebabkan bacaan komponen laporan yang mengecewakan.

Pertambahan pekerjaan di AS pada Oktober catat 150,000 iaitu angka yang lebih rendah berbanding ramalan sementara angka pada bulan sebelumnya juga dikemaskini rendah kepada 297,000 daripada 336,000.

Kadar pengangguran membimbangkan apabila meningkat kepada 3.9% berbanding jangkaan untuk kekal di paras 3.8%, sementara purata pendapat gaji per jam menurun kepada 0.2% daripada 0.3%.

Jadi dapat disimpulkan dengan mudah di sini, keseluruhan komponen dalam laporan pekerjaan kali ini adalah merosot.

Justeru, ini semakin menenggelamkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bakal menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Disember nanti.

Majoriti pasaran kini meletakkan jangkaan untuk kadar faedah terus dikekalkan setelah Pengerusi Fed Jerome Powell juga pada mesyuarat FOMC minggu lalu tidak memberi petunjuk untuk kenaikan kadar pada mesyuarat terakhir 2023.

US dolar didagangkan susut ke paras terendah 6 minggu sekaligus memberi ruang kepada kebanyakan mata wang utama untuk meningkat kembali dalam pasaran.

Situasi tersebut dijangka berterusan pada dagangan di awal mingggu ini selain pelabur akan meneliti data-data ekonomi terbaru yang akan diterbitkan.

Sementara itu juga, perkembangan konflik perang di Timur Tengah kekal diberi tumpuan yang boleh mempengaruhi pergerakan pasaran kewangan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat