NFP Semakin Hampir, Apa Bakal Terjadi Pada EUR/USD?

1,327

Kekal momentum pengukuhan, US dolar menyambung dagangan pada awal Julai dengan positif semalam menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York ini yang telah dinantikan pelabur sejak awal minggu lagi.

Menjadi petunjuk yang baik kepada laporan NFP, angka bacaan pada data tuntutan pengangguran yang diterbitkan semalam serta laporan pekerjaan ADP sektor swasta kedua-duanya menampilkan angka bacaan yang positif.

Perbincangan antara ahli Federal Reserve (Fed) untuk langkah mengetatkan dasar juga turut mendorong US dolar mengukuh semalam untuk mencapai paras tertinggi 3 bulan.

Mata wang Euro berjaya pamerkan peningkatan pada sesi Eropah semalam susulan data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan memaparkan bacaan yang baik.

Namun peningkatan gagal dipertahankan apabila mata wang Eropah itu kembali susut semula pada dagangan sesi New York.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah melonjak hampir 50 pips ke paras 1.18800.

Namun setelah menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, penurunan kembali dipamerkan semula ke paras sekitar 1.18500 yang merupakan zon support minggu lalu.

Pergerakan harga perlahan dan mendatar di sekitar tersebut pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini.

Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju ke zon support pada 1.18000 dan jika harga berjaya tembusinya, sasaran penurunan seterusnya dilihat pada sekitar 1.17200.

Namun, apa pun boleh terjadi ketika terbitan laporan data pekerjaan NFP AS sebentar lagi.

Malah tidak mustahil untuk pelabur menyaksikan lonjakan semula harga di atas paras 1.19000 untuk memberikan isyarat trend kenaikan semula.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji semula zon rintangan pada 1.2000 setelah harga bergerak di bawah zon harga itu sepanjang minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat