NFT Masih Jadi Kegilaan Rupanya!

595

Tidak seperti awal-awal perhatian, pasaran non-fungible token (NFT) sudah mula hilang sinar sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, data daripada DappRadar mendedahkan setakat ini rekod jualan NFT rata-rata meningkat hampir 300% daripada 21,815 NFT (pada Januari) kepada 82,373 NFT sehari (pada Mei). Rekod tersebut menunjukkan lonjakan tinggi kepada hampir 94,000 NFT ketika harga kripto menyusut bermula 12 Mei.

Walaupun rekod jualan positif, sebaliknya berlaku kepada nilai per perdagangan yang ikut terjejas ekoran daripada harga pasaran kripto yang menurun.

Pada 11 hari pertama bagi Mei, data menunjukkan rata-rata $14.9 juta didagangkan setiap hari sebelum susut mencecah $6 juta sehari. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan para pelabur bersedia dengan kerugian pada bulan ini berdasarkan harga token yang susut daripada $180 kepada $70.

Pada masa yang sama, platform Meme.com mengumumkan bahawa pihak mereka berjaya mengumpul dana sebanyak $5 juta bagi pembangunan platform pasaran baharu yang memfokuskan kepada matawang kripto meme dan NFTs.

Pembangun Meme.com merancang untuk menubuhkan CoinMarketCap bagi kandungan meme, lengkap dengan carta dan garis masa untuk pengguna membandingkan setiap meme dan trend.

Antara pelabur terlibat termasuklah Outlier Ventures, Digital Finance Group, Morningstar, Blockhype, Spark Digital Capital, CEO Altitude Games – Games Gabby, dan pengasas bersama Polygon – Sandeep Nailwal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat