Ngeri! Kejatuhan Emas Tak Dapat Dibendung Lagi

4,574

Emas semakin jauh di bawah paras harga $1,800 per auns, membawanya ke paras terendah tiga minggu pada sesi dagangan Asia hari ini.

Lonjakan hasil bon AS 10 tahun yang menghampiri tahap 1.70%, telah mengurangkan daya tarikan terhadap logam berharga emas dan menjadikannya lebih mahal kepada pemegang matawang utama lain disebabkan USD yang lebih kuat.

Pada waktu penulisan, logam kuning itu didagangkan berlegar di sekitar harga $1,794 per auns, sedikit meningkat dari paras terendah $1,781 per auns yang disentuh pada sesi New York sebelum ini.

Tinjauan untuk kadar faedah menjadi semakin hawkish, di mana sekurang-kurangnya tiga penggubal dasar Federal Reserve (Fed) secara terbuka membincangkan langkah pengurangan rangsangan yang lebih cepat.

Emas sebelum ini meningkat apabila pelabur mendapatkannya sebagai lindung nilai kepada inflasi dan mencari aset safe-haven di tengah ketidaktentuan prospek ekonomi dan dasar monetari.

Dengan jangkaan Fed akan menaikkan kadar lebih awal susulan pencalonan Jerome Powell sebagai pengerusi bank pusat untuk penggal kedua, emas terus berundur dari paras tertinggi bulanan yang dicapainya minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat