Ngeri! Terra (LUNA) Buat Terjunan, Jatuh Di Bawah Paras $1!

3,136

Terra mendahului carta dalam menjadi tumpuan utama pemain pasaran dalam pasaran kripto kerana matawang kripto LUNA telah membuat terjunan bebas sehingga ke bawah $1, dengan kata lain penurunan mingguan hampir 99%. Dalam masa yang sama Bitcoin dan altcoin juga mengalami nasib yang sama apabila berlakunya kecairan melebihi $700 juta dalam skala harian.

Pada ketika ini modal pasaran matawang kripto telah kehilangan lebih $400 bilion dalam masa kurang seminggu, jatuh ke paras terendah 10 bulan sebanyak $1.350 trilion. Arus perkembangan pasaran bertambah buruk sejak itu apabila BTC gagal mempertahankan paras $30,000 dalam minggu ini.

Episod bertambah mengerikan apabila Bitcoin sekali lagi membuat terjunan di bawah paras $30,000 untuk kali kedua dengan mencatatkan paras terendah terkini sejak Julai 2021 sebanyak $29,000 (di Bitstamp).

Turut mengikuti kejatuhan ialah altcoin yang lain seperti Ethereum turun 10% kepada di bawah $2,200, BNB di bawah $300 (-15%), Manakala Solana, Avalanche, Polkadot, Dogecoin dan banyak lagi telah kehilangan lebih 20% pada skala harian.

Namun di antara semua, yang paling menderita adalah apa yang menimpa mata wang kripto asli Terra – LUNA. Kisah yang berlaku pada minggu lalu atau lebih, yang membawa kepada penambatan UST pada harga $1 terpecah.

Secara ringkas tekanan penjualan semakin besar dan mendorong kejatuhan harga yang besar untuk LUNA, yang jatuh di bawah $1 awal hari ini. Pada enam hari yang lalu, LUNA didagangkan pada harga $90, dengan ia telah kehilangan kira-kira 99% daripada nilainya dalam masa kurang daripada seminggu.

Luna Foundation Group (LFG) beberapa hari yang lalu telah berjanji untuk menyelamatkan LUNA dan stablecoin Terra (UST) dengan menggunakan sejumlah besar rizab. Waima begitu pemain pasaran semakin khuatir apabila melihat kepada papan pemuka atas talian (dashboard) LFG yang menunjukkan bahawa rizab BTC telah digunakan dan dalam masa yang sama baki rizab US dolar juga tidak begitu baik. Adakah penyelamatan LUNA akan memaksa LFG untuk menggadaikan rizab AVAX? Segelintir melihat ini adalah tanda tidak baik untuk AVAX jika ia digadaikan.

Sebelum ini keadaan yang seakan-akan sama menimpa projek defi dimiliki oleh Iron Finance sehinggakan Mark Cuban ‘terduduk’ sekejap apabila berlakunya bank run apabila TITAN dan projek stablecoin iaitu IRON musnah.

Harus dimaklumi bahawa UST adalah algorithmic stablecoin yang disokong oleh LFG. Ia berbeza dengan stablecoin seperti USDT atau BUSD yang mengklaim ditambat 1:1. Tidak hairan ada yang menyatakan bahawa algoritma tidak semestinya boleh memastikan pasaran itu berfungsi. Perkara ini pernah terjadi pada kripto IRON pada tahun lalu apabila ia de-pegged atau tambatan rizabnya terlerai dari US dolar, kemudian akhirnya diikuti oleh jualan besar-besaran oleh pelabur. Walaubagaimanapun, CEO Terra, Do Kwon menafikan hal ini menimpa LUNA.

Waima begitu sebahagian pemain pasaran masih bersikap optimis, antaranya Crypto Trader CNBC, Ran Neuner yang menyatakan ““Setiap serangan menjadikan LUNA lebih berdaya saing. Ia berlaku kepada bitcoin berkali-kali pada hari-hari awal. Ianya sebahagian daripada proses!”. Harga Luna setakat ini telah bangkit di atas paras dagangan $3.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat