Nigeria Mula ‘Panaskan’ Isu CBDC – ‘ENaira’ Rasmi Dilancarkan!

258

Saban beberapa tahun ini, komuniti kripto sering dikejutkan dengan penyertaan institusi kewangan negara dalam dunia kripto. Walaupun perbincangan mengenai aset kripto bank pusat telah dibincangkan selama beberapa tahun, beberapa negara telah mengambil langkah berani dengan menerbitkannya. Nigeria merupakan antara negara terkini yang menyatakan kesediaan untuk memperkenalkan kripto CBDC, eNaira.

Dalam siaran akhbar terkini yang memuat kenyataan terkini dari laman web rasmi Bank Pusat Nigeria, Pengarah Komunikasi Korporat, Osita Nwanisobi, mendedahkan bahawa eNaira akan diisytiharkan sebagai suatu yang rasmi dan dilancarkan pada hari ini, 25 Oktober.

eNaira memiliki slogan iaitu, ‘Dengan Naira, lebih banyak peluang dapat diwujudkan’. Perasmian ini akan dilancarkan di Dewan Negara, Abuja.

Pelancaran eNaira adalah kemuncak dari hasil penyelidikan beberapa tahun oleh Bank Pusat Nigeria dalam memajukan sempadan sistem pembayaran untuk menjadikan transaksi kewangan lebih mudah dan lancar untuk setiap lapisan masyarakat.

Dengan ini, Nigeria menjadi salah satu negara pertama di dunia yang melancarkan aset kripto bank pusatnya sendiri.

Salah satu perkara yang sering disalah anggap mengenai CBDC ialah ia berkaitan dengan aset kripto lain. Walaubagaimana CBDC ini dapat disimpulkan sebagai matawang fiat versi digital dimana bank pusat memiliki kawalan penuh. Ada badan berautoriti yang mengawal melalui dasar dan peraturan.

CBDC menurut mereka yang menyokongnya berpendapat ia dapat dianggap sebagai langkah maju yang signifikan dari segi perkembangan teknologi dan dapat menghapuskan beberapa kebimbangan yang semakin meningkat di negara ini.

Tamsilnya pelancaran eNaira juga dapat dilihat sebagai usaha oleh pemerintah untuk merebut potensi masa depan yang dapat dihadirkan melalui kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat