Nikkei PMI Jepun Menghampiri Paras Tertinggi Tiga Tahun Lalu

36

Petunjuk awal sektor pembuatan Jepun mengukuh pada Januari, sati isyarat pemulihan dalam sektor perkilangan negara ini.

Indeks ‘purchasing managers‘ sektor pembuatan (flash Markit/Nikkei flash manufacturing purchasing managers’ index, PMI) merekodkan bacaan 52.8 pada Januari, meningkat dari 52.4 pada Disember. Bacaan kali ini juga lebih tinggi dari jangkaan pasaran 52.4 dan yang tertinggi sejak tiga tahun lepas.

Bacaan di atas 50 menunjukkan peningkatan dalam sektor tersebut, dan sebaliknya pula jika bacaan di bawah 50. Bacaan pada Januari adalah yang ke-lima berturut-turut bacaan merekodkan di atas 50.

Menurut penganalisis ekonomi di IHS Markit Amy Brownbill, “Sektor pembuatan mengukuh dalam kadar tertinggi  sejak tiga tahun lalu yang disokong oleh peningkatan dalam pengeluaran dan tempahan baru. Peningkatan dalam tempahan baru dipandu oleh peningkatan mendadak permintaan global. Oleh sebab itu, tekanan inflasi meningkat ke paras tertinggi sejak Mac 2015.”

Walaupun begitu, ekonomi Jepun dijangka akan terus berada dalam ketidaktentuan domestik. Perbelanjaan isirumah yang lemah dan kelemahan inflasi akan terus menghalang pertumbuhan ekonomi meningkat dari 0.8% pada 2017 seperti yang dikeluarkan oleh IMF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat