Nilai Mata Wang Tidak Lagi Bersandarkan Kepada Emas

3,396

Masih ramai yang tidak tahu, bahawa nilai wang kertas tidak lagi bersandarkan oleh emas.

Sebelum kita mendalami perkara ini dengan lebih lanjut, mari kita ketahui sejarah penciptaan wang kertas.

Penciptaan wang kertas bermula pada 1944 ketika persidangan Bretton Woods telah diadakan bagi membincangkan tentang usaha membangunkan semula ekonomi dunia yang sedang meleset selepas Perang Dunia Kedua tercetus.

Dalam persidangan ini, negara-negara yang bersidang telah menetapkan agar nilai dolar Amerika Syarikat (USD) perlu bersandar kepada emas manakala negara-negara lain perlu diikat kepada nilai USD.

Melalui persidangan berkenaan, setiap wang USD yang dicetak perlu bersandar kepada nilai emas sebagai ganti kepada mata wang emas kerana lebih mudah digunakan.

Dalam pada itu, negara-negara lain boleh menebus emas di Amerika Syarikat (AS) apabila mereka ingin memiliki emas. Malangnya, kerajaan AS telah mencetak lebih banyak wang daripada jumlah emas fizikal sedia ada.

Kerajaan Perancis mula menuntut emas dengan sejumlah besar wang USD ketika AS tidak mempunyai emas yang banyak. Sekiranya negara-negara lain mengambil tindakan serupa, AS akan dipenuhi dengan lambakan wang kertas tanpa ada nilai emas lagi.

Akhirnya, perjanjian terbabit telah dibatalkan pada 1971. Bermula tahun yang sama, wang kertas yang dicetak tidak bersandar pada nilai komoditi semasa lagi, sama ada emas atau perak. Wang kertas terus dicetak tanpa kawalan.

Bak kata Tun Dr. Mahathir Mohammad, nilai wang USD sekarang sudah tiada nilainya, sama seperti tisu tandas.

Sekiranya dunia tidak memperakukan nilai USD, maka ekonomi AS akan jatuh pada bila-bila masa sahaja dan Ringgit Malaysia (RM) turut menerima tempias kerana bersandar kepada nilai USD.

Daripada rentetan sejarah tadi, apa yang berlaku di AS suatu ketika dahulu sedang berlaku di Malaysia sekarang. Kerajaan sekarang mencetak wang kertas tanpa bersandar kepada nilai emas dan berasaskan kepada keyakinan serta kepercayaan terhadap nilainya sahaja.

Oleh itu, tidak hairan sekiranya harga barang terus naik kerana wang dicetak tanpa kawalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat