Nilai Pasaran Kripto Cecah ATH Terbaru, $2.6 Trilion!

1,020

Nilai pasaran matawang kripto sekali lagi mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada rekod $2.6 trilion.

Berdasarkan pemerhatian di CoinGecko, rekod terbaharu tersebut telah mengatasi nilai sebelum yang dicatat pada 12 Mei, $2.55 trilion.

Secara tidak langsung, nilai pasaran matawang kripto telah meningkat 233% sejak awal 2021 di mana ketika itu cuma $780 juta.

Berbeza dengan rekod Januari 2018, nilai pasaran kripto berjaya mencecah sehingga $830 bilion.

Tidak dinafikan, Bitcoin (BTC) memainkan peranan penting mendorong lonjakan nilai pasaran matawang kripto.

Berdasarkan pemerhatian, ketika penulisan BTC telah mencatatkan peningkatan 2.9% dalam 24 jam, 14.3% dalam seminggu, dan lebih 32% sejak sebulan yang lalu dengan nilai dagangan semasa $62.511.74. Nilai pasarannya pula telah mencecah $1.18 trilion!

Jika dibandingkan dengan firma-firma gergasi dunia, Bitcoin berada di kedudukan ke-6, lebih besar berbanding Facebok ($915 bilion) tetapi berada di bawah Amazon yang nilai pasarannya bernilai $1.7 trilion.

Manakala Ethereum pula bernilai $458 bilion, hampir menyamai nilai pasaran firma gergasi China, Alibaba.

Pasaran altcoins bagaimanapun tidak menunjukkan pergerakan yang memberangsangkan dalam tempoh 24 jam walaupun BTC bergerak positif:

  • Binance Coin (BNB): $474.90 (+0.5%)
  • Cardano (ADA): $2.15 (+0.5%)
  • Ripple (XRP): $1.10 (+0.4%)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat