Nilai Pasaran Kripto Lesap Lebih $260 Bilion Dalam 24 Jam!

8,226

Lautan merah pada hari ini didahului dengan Bitcoin (BTC) dengan penyusutan hampir $11,000 dalam 24 jam. Seperti biasa, deretan altcoins lain turut mengikuti trend itu menjadikan permodalan pasaran kripto jatuh lebih $260 bilion!

Sekelip mata sahaja nilai tertinggi Bitcoin pada tengah malam tadi, $58,400 lenyap dan ketika penulisan, raja kripto itu didagangkan pada $48,202, susut lebih 14%. Nilai pasaran BTC juga turut musnah lebih $100 bilion, membawa rekod terbaru di bawah paras $1 trilion.

Pada masa yang sama Ethereum (ETH) telah susut lebih 20% dalam 24 jam kepada lebih $1,509. Matawang kedua terbesar selepas Bitcoin ini juga mencatatkan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang baru pada minggu ini dengan nilai $2,036. Ini bermakna, ETH telah jatuh sebanyak $527 dalam hanya 3 hari.

Binance Coin (BNB) turut mencatatkan rekod ATH terbaru empat hari lalu pada $342 sebelum susut kepada $212 ketika ini. Altcoins lain seperti Polkadot (DOT) mencatatkan harga $32 (-15%), Cardano (ADA) susut 9% kepada $0.9 dan Ripple didagangkan pada $0.46 selepas susut lebih 22%.

Tidak lupa dengan Litecoin dan Chainlink dengan masing-masing merekod penyusutan sebanyak 18% ($179) dan 21% ($25).

DODO susut lebih 31% dalam 24 jam, Elrond (-28%), 1inch (-31%), Aave (-27%) dan BitTorrent (-29%).

Jumlah nilai pasaran terkini telah susut lebih daripada $260 bilion kepada $1.4 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat