Nilai Pasaran Stablecoin Terra (UST) Hampir Tumpaskan Maker (DAI)

231

Stablecoins Maker (DAI) dan TerraUSD (UST) mula menunjukkan persaingan sengit dari aspek permintaan aset dalam pasaran.

Berdasarkan pemerhatian, DAI memiliki nilai pasaran berjumlah $8.825 bilion, lebih tinggi berbanding UST yang cuma mencatatkan sebanyak $8.805 bilion.

Secara tidak langsung, UST berada di kedudukan ke-5 diatasi DAI yang berada di kedudukan ke-4, selepas Binance USD (BUSD) yang berada di kedudukan ke-3, diatasi USD Coin (USDC) yang merupakan ke-2 , dan Tether (USDT) mengungguli carta tersebut.

Untuk pengetahuan, UST mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa dengan lonjakan sehingga lebih 90% sejak 30 hari lalu.

Situasi tersebut meletakkan UST sebagai stablecoin yang sedang mengejar DAI kerana pertumbuhan aset ekosistem Maker ini cuma mencatatkan peningkatan sebanyak 3% dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, token natif Terra (LUNA) turut menarik perhatian pelabur selepas naik dalam carta kripto 10 teratas dengan lonjakan 58% semalaman.

Salah satu faktor yang mengundang kepada peningkatan kedua-dua aset Terra ini berpunca daripada pembakaran koin.

Selain itu, lambakan protokol kewangan desentralisasi (DeFi) bertapak di rangkaian Terra menyebabkan tekanan permintaan terhadap UST.

Jadi tidak hairanlan mengapa Terra (UST) dan (LUNA) mencatatkan peningkatan harga dalam jangka masa yang pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat