Nilai Yen yang Lemah Dijangka Bakal Merubah PMI di Jepun

53

Yen sekali lagi mencatatkan nilai yang lemah di dalam data serantau hari ini. Kerajaan Jepun melaporkan perubahan bagi Manufacturing Purchasing Managers’ Index  (PMI) bulan Julai. PMI dianggarkan berada pada paras 48.3, lebih tinggi daripada nilai 48.1 pada bulan Jun.

USD/JPY juga mencatatkan perubahan kepada 105.91, meningkat 0.05%. Sementara itu, AUD/USD juga meningkat sebanyak 0.11% dan diniagakan pada 0.7501. Mata wang Euro pula meningkat sebanyak 0.02% kepada 1.1028.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 96.91.

Semalaman, Dollar mencatatkan kerugian berbanding mata wang utama, disokong oleh data perumahan Amerika Syarikat yang kukuh. Hal ini berikutan kenyataan Mario Draghi, Presiden ECB yang gagal meredakan kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

Data menunjukkan jualan rumah sedia ada Amerika Syarikat meningkat sebanyak 1.1% pada bulan Jun kepada 5.57 juta unit daripada data yang dicatatkan pada bulan Mei sebanyak 5.51 juta. Angka ini dianggarkan setelah mengemaskini dari bacaan awal sebanyak 5.53 unit. Ramalan consensus pula mengganggarkan penurunan sebanyak 0.5% kepada 5.48 juta unit.

Laporan ini dikeluarkan setelah Jabatan Buruh Amerika Syarikat berkata, bilangan individu yang memfailkan manfaat penggangguran dalam masa seminggu berakhir 16 Julai menurun sebanyak 1000 kepada 253,000 berbanding minggu sebelum itu, sebanyak 254,000. Penganalisa juga mengganggarkan jumlah individu yang tidak bekerja meningkat sebanyak 11,000 kepada 265,000 minggu lepas.

Secara berasingan, Federal Reserve Bank of Philadelphia menyifatkan indek pengeluaran semakin merosot kepada -2.9 bulan ini dari bacaan bulan Jun, 4.7. Penganalisa juga meramalkan indek akan meningkat kepada 5.0 pada bulan Julai.

Sebagai kesimpulan bagi mesyuarat polisi semalam, ECB mengekalkan interest rate pada tahap yang sama iaitu pada rekod rendah, 0.0% sejajar dengan ramalan awal.

Mengulas kenyataan itu Mario Draghi, Presiden ECB berpendapat bahwa pemulihan Zon Euro menghadapi beberapa kekangan dan risiko. Selain itu, memetik kepada keputusan referendum terhadap UK, proses memperlahankan pasaran baru dan pembaharuan struktur dianggap sebagai masalah utama.

Draghi juga berkata pasaran Eropah mengharungi proses turun naik selepas Brexit serta menggalakkan “daya tahan”. Namun, dia menegaskan bahawa bank pusat sedia bertindak dan bersedia menggunakan semua instrumen yang boleh didapati di bawah mandatnya jika dilihat perlu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat