Nohhh, Covid! China Buat Semula Lockdown Terhadap 21 Juta Penduduk

330

‘Baru China nak start balik ekonomi, Covid kembali menyerang semula pulak.’

Sebuah bandar yang terletak di bahagian barat daya wilayah Sichuan, Chengdu menjadi bandar terbaharu yang dikenakan sekatan perjalanan (lockdown) menyeluruh dalam usaha China melaksanakan polisi sifar-Covid.

Menurut sumber dari media tempatan China, lebih kurang 21 juta orang yang mendiami bandar Chengdu diarahkan untuk kekal duduk di rumah dan hanya seorang sahaja wakil yang dibenarkan pergi membeli barang keperluan.

Diperincikan bahawa tepat jam 6 petang waktu tempatan pada hari Khamis lalu, penduduk Chengdu memulakan kuarantin dan bakal diadakan ujian saringan besar-besaran selepas bandar tersebut mencatat 157 kes jangkitan baru.

Selain itu, sebarang aktiviti keluar atau masuk ke dalam Chengdu telah dilarang sementara sekolah ditutup selepas pihak berkuasa kesihatan mengatakan situasi di bandar tersebut ‘sangat teruk dan kompleks’.

Dalam pada itu, tindakan lockdown menyeluruh tersebut telah dibuat berdasarkan dasar kerajaan China iaitu ‘polisi sifar-Covid’ yang kini turut berjalan di bandar utama seperti Shenzhen dan Dalian.

Sungguhpun perlaksanaan dasar tersebut dilihat berjaya mengurangkan kes jangkitan Covid di China, namun ramai yang mengkritik tindakan tersebut kerana ia memberi kesan mendalam kepada pertumbuhan ekonomi.

Bagi suku ke-2 (2Q) tahun ini, bacaan pertumbuhan tahunan ekonomi China merosot teruk dari 4.8% kepada 0.4% lebih rendah berbanding unjuran konsensus pasaran yang ditetapkan pada 1.0%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat