Norma-Baru Pasaran Kewangan Dengan Kemunculan Matawang-Crypto

114

Harga Bitcoin bergerak di bawah rekod paras tertinggi pada Rabu apabila melepas harga $8,000 buat pertama kali sejak 9 tahun lalu.

Dalam tukaran Bitfinex yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Bitcoin kini berharga $8,237.90 setakat pukul 9.18 malam pada Rabu.

Pada Selasa, harga matawang-Crypto ini mencapai paras $8,310.20 yang merupakan paras tertinggi terbaru dalam sejarah. Namun, ia jatuh $400 disebabkan kebimbangan terhadap kecurian matawang-Crypto bernilai $31 juta.

Bitcoin telah membuat kenaikan sehingga 700% tahun ini dengan tiga pembetulan harga (correction) yang membawa harga Bitcoin jatuh sehingga 25% pada setiap ‘correction‘ tersebut. Pada paras harga semasa, jumlah modal pasaran setakat ini adalah $137 billion.

Pergerakan naik-turun (volatile) terhadap Bitcoin juga banyak disebabkan oleh peralihan pelabur kepada alternatif lain seperti Bitcoin Cash.

Ada juga sesetengah pelabur yang bimbang dengan kenaikan Bitcoin sehingga menyebabkan ‘asset bubble’. Matawang digital belum lagi digunakan secara meluas yang mana ia masih banyak digunakan untuk aktiviti spekulasi.

Walaupun dengan pelbagai tohmahan, Bitcoin terus merekod kenaikan sehingga mencapai paras tertinggi yang mungkin tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Penerimaan daripada institusi seperti CME Group juga menunjukkan sentimen matawang-Crypto yang semakin cerah untuk mendapat regulasi dari badan-badan autoriti di seluruh dunia.

Terbaru Gabenor Bank Negara Malaysia sendiri mengatakan, “Ada yang meramalkan kemunculan matawang-digital akan menandakan permulaan era baru dalam sektor kewangan. Sebagai Autoriti, kita perlu sedar dengan perkembangan ini.”

BNM juga akan melantik individu atau agensi yang akan menukarkan matawang Crypto kepada duit fiat (wang) yang tertakluk di bawah ‘Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001’.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat