‘Not A Mars Person’, Bill Gates Tak Sepenuhnya Sokong Elon Musk

742

Tidak semua orang sukakan idea hidup di planet lain selain Bumi, sama seperti Bill Gates yang tidak berminat dengan ‘kreativiti’ CEO Amazon, Jeff Bezos dan CEO Tesla, Elon Musk.

Tidak dinafikan apa yang diusahakan Musk ketika ini merupakan salah satu sumbangan terbesar terhadap perubahan iklim yang pernah diketengahkan oleh manusia, tetapi menurut Gates dia bukanlah ‘Mars person’ dan baginya, roket bukanlah solusi.

Menurut pengasas bersama Microsoft itu yang baru sahaja melancarkan buku baru, ‘How to Avoid a Climate Disaster’, dalam usaha untuk menyelamatkan kesihatan Bumi, wajar untuk memfokuskan kepada masalah perubahan iklim yang jauh lebih besar.

Misalnya, Tesla yang mengusahakan kereta penumpang. Bukankah lebih baik jika menggalakkan industri lain juga untuk mendapatkan perbezaan perubahan iklim yang lebih besar?

“Lebih menyedihkan, kebanyakannya menganggap elektrik dan kereta penumpang adalah sepertiga daripada masalah. Jadi, kita harus mengusahakan dua pertiganya.

Jika semua perkara yang anda fokuskan adalah metrik jangka pendek, anda pasti akan terlepas pandang punca yang lebih kukuh, yang mana lebih sukar untuk tangani.”

Jelas Gates lagi, dia lebih rela membelanjakan wangnya terhadap vaksin campak bernilai $1,000 dan menyelamatkan nyawa daripada menghabiskan untuk perbelanjaan ke angkasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat