Nuls (NULS) Buat Lonjakan Tiba-Tiba, Meroket Hampir 270%

493

Mata wang kripto, Nuls (NULS) mencatatkan lonjakan 265.97% semalam.

Kali terakhir NULS melonjak tinggi adalah pada 18 April 2021 sebelum susut dan didagangkan semula pada sekitar harga $0.3-$0.7 untuk tempoh 6 bulan.

Tidak pasti apa yang mendorong kepada lonjakan aset ini tetapi twit rasmi Nuls awal pagi tadi menunjukkan isyarat lambakan projek telah menggunakan NULS untuk pembangunan penyelesaian DeFi.

Serba ringkas tentang Nuls (NULS)

Nuls merupakan blockchain sumber terbuka yang menawarkan penyelesaian perniagaan segera bagi pembangun-pembangun yang berminat.

Platform ini menawarkan perkhidmatan mikro, kontrak pintar, saling kendali rentas (cross-chain interoperability) dan penubuhan rantai segera (instant chain-building).

Antara faktor lain yang mungkin mendorong harga NULS:

  • Kerjasama Nuls dengan TakerSwap, sebuah pembuat pasaran autonomi (AMM) multi-chain lapisan-2 di Lightning Swap Protocol.
  • Nulswap telah rasmi beroperasi di Nuls pada 29 November dengan sokongan terhadap pelbagai aset kripto daripada kebanyakan blockchain.
  • Integrasi antara NerveBridge dengan Niftyfuse yang  membolehkan token FUSE dipindahkan dari Nuls kepada Ethereum, Polygon, Binance Smart Chain, Harmony, HECO Chain, KuCoin Community Chain, dan OKExChain.

Aset ini mencatatkan paras tertinggi harian pada $0.4 sebelum susut hampir 14%, didagangkan pada $1.3 ketika penulisan artikel. Tetapi ia masih mencatatkan peningkatan hampir 16% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat