NZD Sedia Untuk Melantun Semula Dari Keputusan Polisi RBNZ?

202

Dolar kiwi terus meniti jalan yang berliku ketika pelabur mengharapkan Bank Pusat New Zealand (RBNZ) akan menaikkan kadar faedahnya untuk kali kedua pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada sesi Asia hari Rabu.

Dengan jangkaan yang meluas, RBNZ diramal akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas kepada 0.75% daripada tahap semasa.

Namun, terdapat juga beberapa penganalisis yang melihat bank pusat akan bertindak lebih agresif dengan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Meskipun kes Covid-19 masih lagi dilihat tinggi di negara itu, tetapi dengan bacaan inflasi yang kuat, laporan pekerjaan baik dan data ekonomi lain positif, pelabur melihat ia tidak mustahil untuk dasar monetari New Zealand kembali normal.

Pada mesyuarat polisi Oktober lalu, RBNZ telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% yang menepati jangkaan pasaran secara meluas.

Walaupun dengan jangkaan yang positif ini, namun dolar kiwi gagal memanfaatkannya dengan susut lebih rendah disebabkan pengukuhan dolar greenback, selain turut dihimpit oleh kebimbangan terhadap Covid-19 yang akan membantutkan pemulihan global.

Pada awal sesi Eropah, matawang antipodean itu didagangkan di paras terendah enam minggu pada sekitar harga 0.6940 berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat