NZD/USD Dijangka Meneruskan Penurunan Selepas RBNZ Menurunkan Kadar Faedah

385

Tumpuan pasaran pada sesi Asia hari ini adalah terhadap penetapan kadar faedah oleh bank pusat New Zealand yang menyaksikan kadar faedah diturunkan sejak November 2016 yang lalu.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah menetapkan kadar faedah diturunkan daripada 1.75% kepada 1.50% pada mesyuarat dasar bulan Mei dengan mengejutkan pasaran yang menjangkakan kadar faedah akan masih dikekalkan.

Jika diperhatikan pada pasangan matawang tumpuan iaitu pada NZD/USD, harga yang bergerak di bawah paras Magic Pivot 0.6606 hari ini telah menjunam sekitar 75 pips mencecah paras terendah yang baru susulan keputusan mesyuarat dasar dikeluarkan.

Penurunan harga telah melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line sehingga mencecah ke paras sekitar 0.65250. Namun, harga kembali membuat kenaikan semula sehingga bersambung ke pembukaan sesi pasaran Eropah.

Dagangan Kiwi dijangka akan terus lemah selepas kadar faedah diturunkan dan disamping itu juga, faktor ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China akan turut menambahkan lagi tekanan buat matawang New Zealand itu.

Penganalisis dari Jepun berpendapat bahawa penurunan harga pada NZD/USD bakal menuju ke paras support yang dicecah pada dagangan Oktober tahun lalu di sekitar paras 0.64230.

Selepas harga menjunam ke paras terendah semasa hari ini, harga kembali membuat kenaikan melepasi semula ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line dan menuju ke paras Magic Pivot hari ini.

Jika harga dilihat gagal melepasi kenaikan lebih tinggi berbanding paras Magic Pivot, pergerakan harga pada NZD/USD dijangka akan kekal lemah dan bakal menyambung penurunan semula.

Namun jika harga berjaya kembali melonjak semula lebih tinggi, paras resistance pada 0.66300 dilihat akan kembali diuji.

Lihat gambar chart pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 0.6582, 0.6564, 0.6541.

Paras resistance: 0.6624, 0.6647, 0.6665.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat