NZD/USD Melonjak Di Sesi Asia Susulan Terbitan Data Inflasi New Zealand, Namun Susut Semula

158

Pergerakan mata wang dolar New Zealand mencuri tumpuan pada dagangan awal pembukaan pasaran minggu ini dengan terbitan data inflasi New Zealand di awal sesi Asia.

Indeks harga pengguna (CPI) New Zealand menunjukkan bacaan inflasi yang melonjak ke paras tertinggi 32 tahun, sekaligus dilihat akan terus menyokong langkah pengetatan dasar monetari yang telah pun dijalankan oleh bank pusat.

Walaupun Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas minggu lalu, namun dolar Kiwi gagal untuk mengekalkan prestasi cemerlang berbanding US dolar yang memberi tekanan sehingga mencecah paras terendah terbaru 2 tahun.

US dolar kekal mendominasi pada suasana pasaran yang berisiko minggu lalu, namun mula menyusut semula pada penghujung minggu memberi laluan untuk dolar NZD meningkat semula.

Pada carta harga pasangan mata wang NZD/USD, dapat diperhatikan harga telah susut ke paras terendah terbaru 2 tahun mencecah sekitar 0.60600 pada Rabu lalu.

Namun, terdapat corak perubahan arah harga semula selepas peningkatan yang dipaparkan di penghujung minggu susulan harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD.

Bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini, harga melonjak di awal sesi Asia pagi tadi selepas terbita data inflasi New Zealand sehingga harga mencapai paras ketinggian pada 0.62000.

Namun momentum harga agak goyah dengan harga mempamerkan penurunan semula dari paras ketinggian tersebut bersambung ke awal sesi Eropah menuju zon 0.61500.

Sekiranya harga masih berjaya bertahan di atas paras sokongan MA50, berkemungkinan kenaikan lebih tinggi berpotensi untuk diteruskan harga mencapai semula ke paras 0.62000.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga ke paras lebih tinggi dengan sasaran menguji pula zon tumpuan sekitar 0.69500.

Sebaliknya jika harga terus tersungkur lebih rendah, susut di bawah paras 0.61000 akan menjangkakan harga untuk mengatasi paras terendah yang dicecah minggu lalu pada 0.60600.

Dan harga berkemungkinan akan meneruskan trend bearish dengan sasaran untuk pergerakan lebih lanjut boleh mencecah sehingga sekitar 0.59300.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat