NZD/USD Pamer Terjunan Maut Sebelum RBNZ Dijangka Naikkan Kadar Faedah

524

Dalam pada pelabur menjangkakan dolar New Zealand yang bakal mengukuh menjelang mesyuarat bank pusat New Zealand pada Rabu esok, sebaliknya yang berlaku apabila nilai dolar New Zealand menjunam pada sesi Asia pagi ini. Apa yang telah terjadi?

Situasi kejatuhan nilai dolar Kiwi sebentar tadi adalah didorong reaksi terhadap laporan 1 kes Covid-19 di Auckland, New Zealand. Ye betul, hanya 1 kes sahaja cukup untuk menjunamkan harga.

Sebelum ini New Zealand merupakan antara negara yang paling berjaya mengekang penularan Covdi-19 dengan pelaksanaan sekatan yang ketat. 1 kes di New Zealand berkemungkinan akan menjangkakan aktiviti ekonomi yang perlahan semula jika sekatan pergerakan kembali dilaksanakan di negara itu.

Pada carta pasangan mata wang NZD/USD, harga menjunam sekitar 80 pips pada sesi Asia pagi ini sehingga ke sekitar paras 0.69400 bersambung di awal sesi Eropah.

Penurunan harga lebih rendah bakal diteruskan menuju zon support 0.69000 yang sebelum ini diuji pada dagangan Julai lalu.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Namun, berkemungkinan harga boleh melonjak semula berikutan jangkaan keputusan mesyuarat oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) bakal menyaksikan kenaikan kadar faedah.

Kenaikan semula harga akan menguji dahulu zon rintangan pada 0.70000 sebelum cuba untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi isyarat bullish semula.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju ke zon rintangan pada 0.707000 yang menghalang harga ke paras lebih tinggi pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat