Oh, Patutlah GBP/JPY Meloncat Naik Semalam!

315

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY telah memaparkan lonjakan pada sesi Eropah semalam selepas data inflasi UK yang diterbitkan catat bacaan tinggi di paras 10.4%.

Kenapa angka bacaan inflasi yang tinggi membuatkan nilai Pound meningkat?

Ini disebabkan jangkaan bahawa bank pusat perlu mengetatkan dasar monetari dengan cara menaikkan kadar faedah, bertujuan untuk menurunkan inflasi.

Disebabkan langkah tersebut, bekalan wang dalam ekonomi akan berkurang dan kesannya akan membuatkan nilai mata wang jatuh.

Justeru, dapat diperhatikan harga pada carta GBP/JPY telah melonjak ke paras 163.300.

Namun, momentum kenaikan gagal dikekalkan apabila pelabur terpaksa menyaksikan semula terjunan harga hingga mencecah paras 160.800.

Kewaspadaan pelabur semakin ditingkatkan berikutan tumpuan akan terarah pada keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada hari ini, jam 8 malam waktu Malaysia.

Pergerakan harga yang kini telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY memberi isyarat bearish.

Penurunan harga jika diteruskan melepasi paras 160.500 dilihat akan menuju ke zon support yang diuji beberapa pada minggu lalu dan juga Isnin lalu, sekitar 159.00.

Penurunan yang dilanjutkan lebih rendah bakal mencecah pula paras 157.700 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, melepasi paras 162.00 dan halangan MA50 akan kembali memberi petunjuk pergerakan harga yang lebih bullish.

Ketinggian dicapai semalam berkemungkinan mampu diatasi jika keputusan mesyuarat BOE menyokong pengukuhan Pound.

Harga yang melonjak lebih tinggi berpotensi untuk mencapai sehingga ke zon rintangan yang berada pada 164.500.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat