OIL Analisa Fundamental Harian 11 April 2016

25

Harga minyak membuat lonjakan mengejutkan Jumaat lalu, menghapuskan seluruh kejatuhan minggu lepas; setelah pasaran kembali bertenaga apabila Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) dalam Laporan Status Mingguan Petroleum melaporkan bahawa inventori minyak mentah di seluruh AS menurun sebanyak 4.94 juta tong untuk minggu berakhir pada 1 April, jatuh mendadak di bawah anggaran konsensus untuk pertambahan sebanyak 2.85 juta tong.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei naik lebih $2.30 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $39.85 sebelum menutup sekitar paras $39.65 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun naik lebih $2.35 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $42.00 sebelum menutup sekitar paras $41.85 setong.

[adrotate group=”6″]

Harga minyak kini masih dalam spekulasi pasaran tentang kejayaan rundingan OPEC dan negara bukan OPEC untuk menghadkan pengeluaran bagi menstabilkan harga minyak. Pada bulan Februari, cadangan pembekuan output itu pertama kali diumumkan oleh Arab Saudi, yang kini berkata pada minggu lepas bahawa ia akan menyertai usaha itu dengan syarat Iran dan pengeluar lain juga menghadkan pengeluaran.

Hakikat bahawa tiada negara pengeluar yang menghadkan pengeluaran pada bulan Mac lalu, menyebabkan keraguan terhadap kejayaan rundingan pembekuan pengeluaran tersebut, sekaligus memaksa banyak pengurus dana lindung nilai dan institusi lain untuk memindahkan posisi daripada kedudukan belian.  Ada kemungkinan kenaikan harga baru-baru ini, bukanlah kontrak belian baru, tetapi kontrak belian untuk menutup kontrak jualan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat