OIL Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-oil-014

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, dengan crude membuat pergerakan sekitar $2.10 dari paras tertinggi harian sekitar $42.20 setong ke serendah $40.05 setong, sebelum menutup sekitar paras $42 setong; manakala brent pula bergerak sekitar $1.95 setong dari paras tertinggi harian sekitar $45.30 setong ke serendah $43.30 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.05 setong; setelah pasaran seolah-olah kurang panik daripada yang dijangkakan. “Harga tembaga dan minyak mentah dijangka kekal di bawah tekanan dalam jangka masa pendek,” menurut ANZ Bank dalam nota pagi semalam.

“Agak menghairankan, apabila penggerudi AS meletakkan kembali gerudi untuk bekerja di telaga minyak selepas lebih daripada dua bulan. Baker Hughes melaporkan kiraan pelantar minyak AS meningkat sebanyak 2 buah menjadikannya 574, ” menurut ANZ Bank semalam, tetapi menambah “kami percaya persekitaran harga minyak yang rendah, akan membawa kepada penurunan dalam aktiviti penggerudian pada minggu-minggu yang akan datang.”

[adrotate group=”6″]

Peningkatan dalam kontrak niaga hadapan minyak mentah sebahagian besarnya sejajar dengan trend pengukuhan ketika dagangan Asia; di mana ia meningkat semalam berikutan ketegangan geopolitik yang dicetuskan oleh serangan pengganas maut di Paris.  Namun penganalisis berkata, lebihan bekalan minyak mentah dunia mungkin akan mengekang sebarang kenaikan untuk pergi lebih jauh.

Pengeluar komoditi menghadapi tekanan yang teruk: permintaan yang semakin perlahan dari China, pengembangan yang besar dalam bekalan komoditi seperti bijih besi dan minyak, serta nilai Dollar AS yang semakin meningkat ekoran jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan mula menaikkan kadar pada bulan depan.  Komoditi yang selalunya disebut harga dalam Dollar AS, akan jatuh harga apabila kadar AS meningkat, sekaligus menyebabkan lebihan bekalan apabila pembeli kini boleh membeli lebih banyak komoditi dengan harga yang lebih rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat