OIL Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

42

Harga minyak terus memacu naik Khamis semalam, setelah Dollar AS terus lemah dalam reaksi pasaran yang menjual Dollar apabila Feds AS mengumumkan kadar yang tidak berubah dan jumlah kenaikan kadar yang dijangka kurang dari yang dirancangkan pada tahun ini.  Pada masa yang sama, sentimen positif terhadap usaha negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC untuk menstabilkan harga minyak, terus mengapungkan harga emas hitam itu.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April memacu naik lebih $2.05 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $40.55 sebelum menutup sekitar paras $40.10 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei memacu naik lebih $1.15 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $41.60 sebelum menutup sekitar paras $41.55 setong.

[adrotate group=”6″]

April depan negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC bakal bertemu sekali di Qatar, selepas mesyuarat Ahad ini di Russia, dimana Arab Saudi, Qatar, Russia dan Venezuela bakal menerajui perbincangan awal untuk mendapatkan sokongan negara-negara pengeluar minyak dalam menghadkan pengeluaran mereka.  Awalnya, Iran dilihat sebagai penghalang kepada kejayaan kerjasama ini, tetapi kini OPEC diberitakan akan meneruskan rundingan tanpa Iran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat