OIL Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

33

Harga minyak membuka dengan ‘gap-down’ Isnin semalam, sebelum memacu naik untuk menutup di atas paras $40 setong, setelah tiada persetujuan dicapai pada hujung minggu di sidang kemuncak minyak OPEC di Doha, Qatar. Perjanjian untuk mengehadkan pengeluaran minyak oleh OPEC dan pengeluar bukan OPEC gagal selepas Arab Saudi menuntut penyertaan Iran dalam menstabilkan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran June membuka dengan ‘gap-down’ pada sekitar $39.25 setong sebelum memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar $41.63 dan menutup sekitar paras $41.20 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun juga membuka dengan ‘gap-down’ pada sekitar $40.88 setong sebelum memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar $43.41 dan menutup sekitar paras $42.92 setong.

[adrotate group=”6″]

Perkembangan terbaru ini dilihat akan menghidupkan semula kebimbangan industri minyak bahawa pengeluar utama akan memulakan lagi perebutan untuk bahagian pasaran, terutamanya selepas Riyadh mengancam untuk meningkatkan pengeluaran dengan banyak jika had pembekuan tidak dapat dicapai. 18 negara, termasuk Russia, berkumpul di ibu negara Qatar Doha untuk apa yang dijangka sebagai tandatangan perjanjian untuk menstabilkan output pada tahap Januari sehingga Oktober 2016.

Arab News melaporkan bahawa Arab Saudi akan menghadkan bahagian pasaran pada kira-kira 10.3 juta tong hingga 10.4 juta tong jika pengeluar bersetuju untuk pembekuan, menurut Putera Mohammed bin Salman dalam satu temu bual dengan Bloomberg di ladang Raja Salman di Jeddah. “Jika semua pengeluar utama tidak membekukan pengeluaran, kami juga tidak akan membekukan pengeluaran,” kata baginda. “Jika kita tidak membekukan pengeluaran, maka kita akan menjual di mana-mana peluang yang kita dapat.” tambah baginda lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat