Minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dengan Crude turun naik lebih $1.05 setong sepanjang 3 sesi dagangan, dari paras tertinggi harian sekitar $42.20 setong ke serendah $41.15 setong, sebelum menutup sekitar paras $41.65 setong; manakala Brent pula turun naik lebih $1.15 setong, dari paras tertinggi harian sekitar $45.55 setong ke serendah $44.40, sebelum menutup sekitar paras $44.70 setong; setelah para trader menunggu mesyuarat OPEC pada 4 Disember ini. Hanya tajuk-tajuk utama dan komen pegawai OPEC yang boleh mempengaruhi kenaikan harga buat masa ini, kerana semua fundamental pasaran menunjukkan harga yang menurun.
Di pasaran global, aktiviti dalam sektor pembuatan China menguncup lebih daripada yang dijangkakan pada bulan November, menurut satu kajian rasmi semalam. Indeks Pengurus Pembelian (PMI) dilaporkan pada 49.6 pada bulan November, berbanding dengan bacaan bulan sebelumnya sebanyak 49.8. Angka di bawah paras 50 mata ini yang memisahkan pertumbuhan daripada penguncupan pada setiap bulan. Penguncupan ekonomi China ini menunjukkan pasaran global yang lemah, lantaran China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia.
[adrotate group=”6″]
Ekonomi global yang perlahan membantutkan permintaan tambahan untuk minyak mentah, bagi menjana aktiviti ekonomi tempatan yang banyak menggunakan minyak sebagai sumber tenaga dan bahan api. Dengan OPEC yang dilihat akan terus tegas dengan kuota had pengeluaran, lebihan minyak global dijangka akan terus mengekang sebarang kenaikan harga minyak.