OIL Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

49

Harga minyak mentah susut Jumaat lalu, setelah tiada kepastian tentang persetujuan Iran dengan rancangan anggota OPEC dan bukan OPEC, yang diketuai oleh Arab Saudi dan Russia.  Sebelum daripada itu, Pengurusan Maklumat Tenaga AS mengumumkan lebihan inventori minyak komersil AS sebanyak 2.1 juta tong, menjadikan stok terkumpul sebanyak 504.1 juta tong – yang tertinggi dalam sejarah.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac susut lebih $1.65 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $29.05 sebelum menutup sekitar paras $29.65 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April susut lebih $1.75 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $32.65 sebelum menutup sekitar paras $33 setong.

[adrotate group=”6″]

Iran mengeksport kira-kira 2.2 juta tong minyak mentah sehari sebelum 2012, apabila sekatan yang dikenakan oleh kuasa-kuasa dunia untuk membendung penghantaran program nuklear Tehran memotong bekalan dari Iran kepada kira-kira 1.1 juta tong sehari. Menurut Financial Times, minggu lepas, Presiden Iran Hassan Rouhani berkata, harga minyak mentah berada di bawah beban “ekonomi dan politik”, dan dengan itu didagangkan di bawah nilai sebenar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat