OIL Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2016

35

moshedfx-forex-malaysia-oil-008

Harga minyak mentah kembali merudum untuk menguji semula paras $30 tahap setong Isnin semalam, apabila pasaran dipengaruhi oleh berita bahawa pengeluaran Iraq kini mencecah paras rekod tertinggi dan Arab Saudi pula berjanji untuk mengekalkan pelaburan dalam sektor tenaga. “Belian untuk ‘short-covering’ dan cuaca sejuk di Amerika Syarikat dan beberapa kawasan di hemisfera utara, telah membantu kenaikan harga sementara,” menurut Kang Yoo-jin, seorang penganalisis komoditi di NH Investment dan Securities yang berpangkalan di Seoul.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac jatuh lebih $3.05 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $29.70 sebelum menutup sekitar paras $29.80 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mac susut sekitar $2.65 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $30.85 sebelum menutup sekitar paras $30.90 setong.  Perbezaan harga antara Crude dan Brent kini kembali normal, apabila harga Brent dari Laut Utara itu kembali mahal daripada Crude dari tanah besar Amerika Utara.

[adrotate group=”6″]

“Faktor psikologi telah memacu turun naik yang teruk dalam pasaran,” tambah Kang, yang berkata bahawa keadaan itu mungkin berterusan, sehingga kebimbangan terhadap lebihan bekalan pudar atau hilang sama sekali.  Kini pengeluaran minyak Iraq mencecah rekod pada bulan Disember, apabila output meningkat daripada telaga minyak di bahagian tengah dan selatan negara itu, menurut seorang jurucakap kementerian minyak Iraq Isnin semalam.

Sementara itu, Iraq boleh meningkatkan pengeluaran pada tahun ini, sehingga mencapai paras setinggi 4 juta tong sehari dari selatan negara itu. Pada masa yang sama, syarikat minyak gergasi Saudi Aramco terus melabur dalam kapasiti pengeluaran minyak dan gas, walaupun pengurangan kos perlu dilakukan akibat harga minyak yang rendah, kata pengerusinya semalam. OPEC dan pegawai industri minyak Rusia diberitakan cuba mencapai persetujuan mengenai tindakan bersama, walaupun Arab Saudi telah memberi isyarat untuk membiarkan pasaran mengimbangi keadaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat