OIL Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

37

Pasaran komoditi utama ditutup Jumaat lalu sempena cuti ‘Good Friday, dengan harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘bercampur-campur’ sehari sebelumnya, setelah Dollar AS terus mengukuh dan paras inventori minyak dilaporkan pada paras tertinggi.  IMF juga memberi amaran bahawa harga minyak yang rendah tidak memudahkan pengguna, dan boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi global.

Pasaran pekerjaan tidak akan bertambah baik sehingga harga minyak mula mendaki lagi, lapor organisasi kewangan global itu dalam ringkasan ‘2016 World Economic Outlook’ yang akan dikeluarkan bulan depan. “Selain itu, walaupun di Amerika Syarikat, pengimport bersih minyak di mana permintaan telah agak kuat, harga minyak yang murah seolah-olah tidak memberi rangsangan besar kepada pertumbuhan ekonomi,” menurut pandangan IMF lagi.

[adrotate group=”6″]

Harga minyak terus jatuh pada hari Khamis, setelah stok simpanan minyak mentah AS meningkat sebanyak 9.4 juta tong kepada jumlah terkumpul sebanyak 532.5 juta tong – 65.9 juta tong lebih daripada satu tahun sebelum ini, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS dalam laporan mingguan mereka. Namun begitu, pengeluaran minyak mentah AS jatuh 30 ribu tong sehari kepada 9.038 juta tong sehari pada minggu lepas, menurut EIA.

Harga minyak mentah pulih dari kerugian pada sesi kemudian, apabila data menunjukkan kiraan pelantar minyak AS menyusut. Kiraan pelantar minyak turun sebanyak 15 kepada 273 buah, menurut data yang dikeluarkan oleh syarikat perkhidmatan minyak Baker Hughes.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat