OIL Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

26

Minyak mentah diniagakan bercampur-campur Rabu semalam, selepas para trader memberikan reaksi kepada data industri yang menunjukkan stok simpanan mentah AS yang semakin meningkat. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat semalam, simpanan minyak mentah komersil AS bertambah sebanyak 10.4 juta tong berbanding 2.5 juta tong anggaran pasaran.  Sebelumnya simpanan bertambah sebanyak 3.5 juta tong sahaja.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $35.15 setong ke serendah $33.55 setong, sebelum menutup sekitar paras $34.65 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $37.35 setong ke serendah $36.10 setong, sebelum menutup sekitar paras $37.05 setong.

[adrotate group=”6″]

Pergerakan harga baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak mentah mungkin telah mencapai dasar dan boleh terus membina tahun ini, jika syarikat syal AS terus mengurangkan pelaburan. Ini, digabungkan dengan kemungkinan menghadkan pengeluaran oleh OPEC dan pengeluar bukan OPEC, akhirnya boleh membawa kepada pengurangan dalam bekalan, sekaligus kestabilan harga.

Harga minyak mentah juga disokong oleh komen daripada Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak yang mengatakan bahawa syarikat minyak Russia menyokong ikrar untuk menghadkan pengeluaran purata tahun ini pada tahap bulan Januari.  Presiden Rusia Vladimir Putin pula berkata langkah-langkah “lebih radikal” perlu diambil untuk mengimbangi pasaran minyak global, di samping pelan pembekuan pengeluaran bersama oleh Moscow, Arab Saudi, Qatar dan Venezuela.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat