OIL Analisa Fundamental Harian 30 Mei 2016

64

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, dalam reaksi pasaran kepada kejatuhan pengeluaran yang tidak disangka-sangka di Nigeria dan Kanada yang telah pun mencapai paras tertinggi dalam masa lima tahun.  Pengeluaran juga terganggu dengan penutupan telaga minyak syal di AS dan faktor geopolitik di Venezuela.  Khamis ini OPEC akan bermesyuarat di Vienna dalam usaha untuk menstabilkan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai turun lebih $0.70 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $48.68, sebelum memacu naik semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $49.47 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $49.53 setong ke paras terendah harian sekitar $46.68, sebelum menutup sekitar paras $49.40 setong.

Minggu lepas aktiviti carigali di Amerika Syarikat dengan tidak disangka-sangka kembali stabil, sekaligus menunjukkan kenaikan harga baru-baru ini adalah akibat tindakan syarikat minyak yang mengimbangkan kontrak jualan dengan belian bagi mengawal harga.  Pada masa yang sama, ini juga menunjukkan kejatuhan pengeluaran mungkin lebih perlahan daripada yang dijangka.

Dalam pada itu, permintaan diberitakan masih lemah dengan jumlah simpanan minyak yang besar masih berada dalam kapal tangki di Singapura yang menunjukkan kejatuhan permintaan di Asia.  Kelembapan ekonomi global, terutamanya di China dilihat sebagai punca utama masalah ini, selain aktiviti ekonomi di negara-negara maju yang mula perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat