OIL Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

42

Minyak menuju penurunan mingguan pertama sejak Februari, apabila output OPEC meningkat dan stok simpanan inventori minyak AS mencapai peringkat tertinggi dalam lebih daripada lapan dekad. Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum meningkatkan bekalan sebanyak 64 ribu tong kepada 33.09 juta tong sehari pada bulan Mac, apabila output di Iraq meningkat dan Iran mengepam pada paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun, menurut kaji selidik Bloomberg.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei jatuh lebih $1.90 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.63 sebelum menutup sekitar paras $36.80 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun jatuh lebih $1.85 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $38.55 sebelum menutup sekitar paras $38.65 setong.

[adrotate group=”6″]

Apabila sentimen pasaran bertukar kepada ‘risk-off’ dan Dollar AS pulih, harga telah menunjukkan sedikit reaksi kepada Indeks PMI China dengan data rasmi menunjukkan perkembangan yang tidak dijangka pada bulan Mac. Indeks rasmi PMI pembuatan China melonjak kepada 50.2 mata pada bulan Mac, berbanding dengan anggaran median sebanyak 49.4 mata. PMI swasta dari Caixin Media dan Markit Ekonomi meningkat kepada 49.7 mata.

Turun naik bermusim adalah salah satu faktor di sebalik pemulihan, menurut kenyataan kerajaan China, dengan kilang-kilang mula menjalankan mesin selepas cuti Tahun Baru Cina pada Februari lalu. Dalam pada itu, S&P memotong unjuran penarafan China daripada stabil, sambil berkata bahawa pengimbangan semula ekonomi dijangka akan lebih perlahan daripada yang dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat