OIL Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

34

Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, selepas pasaran masih menantikan keputusan mesyuarat OPEC bersama Russia yang masih belum dijadualkan.  Pada masa yang sama, Arab Saudi dilaporkan mula meninjau peluang untuk memulakan penghantaran minyak ke China yang dilihat lebih sebagai langkah diplomatik untuk mendapatkan sokongan kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $35.30 setong ke serendah $34.20 sebelum menutup sekitar paras $34.75 setong; manakala di Intercontinental Exchange Londong (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $37.35 setong ke serendah $36.35 sebelum menutup sekitar paras $37.05 setong.

[adrotate group=”6″]

Pada dasarnya komoditi minyak masih lemah, walaupun Arab Saudi dan Russia, dua pengeksport minyak utama dunia, masih meneruskan perbincangan untuk menghadkan pengeluaran dengan mengguna pakai output Januari sebagai angka rujukan.  Ini adalah kerana Iran, pengeluar ketiga terbesar, tidak berhasrat untuk turut sama walaupun ia menyokong sebarang usaha bagi menghadkan pengeluaran.

Iran yang telah menghadapi sekatan ekonomi sejak lebih sedekad lalu, ekoran program nuklearnya, kini berpeluang untuk mengeksport lebih banyak minyak selepas sekatan tersebut ditarik balik baru-baru ini, apabila ‘Iran Deal’ dipersetujui komuniti antarabangsa yang diketuai oleh AS.  Harga minyak hanya akan stabil sekiranya Arab Saudi dan Russia bersedia mengurangkan pengeluaran mereka untuk memberi laluan kepada Iran, dan ini adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat