OIL Analisa Fundamental Harian 5 Nov 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-minyak-004

Minyak mentah jatuh harga Rabu semalam, dengan crude susut lebih $2.05 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $46.15 setong sebelum menutup sekitar paras $46.50 setong; manakala brent pula susut $2.30 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $49.15 setong sebelum menutup sekitar paras $49.50 setong; apabila nilai Dollar meningkat terkesan dari komen aggresif Pengerusi Feds Janet Yellen kepada kongres Amerika.

Sebelum daripada itu, minyak melonjak setelah para trader menilai semula berita dari Libya dan Nigeria. Walaupun kedua-duanya adalah pengeluar kecil, kejatuhan boleh mewujudkan kekurangan bekalan di pasaran. Berita bahawa sesetengah operasi dihentikan sepanjang Colonial Pipeline, yang bermula dari Houston ke Linden, New Jersey AS; menggerakkan kenaikan yang bermula pada awal sesi dagangan ekoran kebimbangan mengenai gangguan bekalan di Libya dan Brazil.

[adrotate group=”6″]

Pengeluaran minyak Libya akan berkurangan kira-kira 70 ribu tong sehari kepada kurang daripada 400 ribu tong sehari selepas terminal eksport Timur Zueitina dihalang oleh militia bersenjata, menurut jurucakap Libya National Oil Co. semalam. Libya mempunyai kapasiti untuk mengepam sebanyak 1.5 juta tong sehari, tetapi pengeluaran minyak telah terganggu ekoran konflik bersenjata antara kerajaan saingan dan serangan militan.

Di samping itu, kesatuan terbesar sektor minyak di Brazil mula mogok pada Ahad lalu. Kesatuan itu mewakili pekerja-pekerja di pelantar minyak dan pelbagai bahagian lain. Brazil menghasilkan 2.55 juta tong minyak mentah sehari dan mula merudum pada bulan Ogos, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.

Pada masa yang sama, kaji selidik terbaru daripada Barclays menunjukkan bahawa pertumbuhan permintaan China jatuh sebanyak 2.1% pada bulan September 2015 berbanding dengan tahun lepas. China merupakan pengguna kedua terbesar minyak mentah selepas Amerika Syarikat. Ekonomi China yang mula perlahan dan spekulasi tentang permintaan yang lemah, menambah tekanan kepada pasaran yang sedang menghadapi lebihan minyak.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat