OMG! AS-Iran Rupanya Hampir Berperang Minggu Lepas

2,163

Presiden Donald Trump dilaporkan telah mempertimbangkan tindakan untuk melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear utama Iran pada minggu lalu, namun telah dibantah oleh para penasihat beliau.

Memetik kenyataan daripada empat pegawai semasa dan terdahulu, The New York Times melaporkan bahawa pertemuan antara Trump dan para penasihatnya telah diadakan di Oval Office pada hari Khamis.

Sehari sebelum itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa melaporkan stok uranium Iran telah mencapai 12 kali ganda had 300 kilogram yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Komprehensif Bersama, perjanjian nuklear yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat dan lima negara lain pada 2015. Namun, Trump telah membawa AS keluar daripada perjanjian itu pada tahun 2018.

Menurut Times, Trump telah bertanya kepada penasihat tertinggi keselamatan negaranya apakah kemungkinan yang ada atau cara terbaik untuk bertindak balas terhadap Iran.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Mike Pompeo, pemangku Setiausaha Pertahanan Christopher Miller dan ketua Panglima Bersama Jeneral Mark Milley, meyakinkan Trump supaya tidak melakukan serangan ketenteraan.

Mereka mengingatkan Trump bahawa serangan seperti itu boleh mencetuskan konflik yang lebih luas dengan Iran menjelang hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden, menurut The Times.

Walaupun dibantah, Trump dikatakan akan terus mencari rancangan untuk menyerang sekutu dan aset Iran, lapor akhbar itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat