Omicron Oh Omicron! Saham Sarung Tangan Getah Naik Lagi

285

Omicron punya pasal, saham sarung tangan getah naik. Tak tahu nak gembira atau sedih?

‘Saja nak tanya raya mana tahun ni agak-agak pembaca Intraday.my semua?’ – Lola Aspalela. 

Saham pembuat sarung tangan getah melonjak pada Isnin yang didahului oleh Top Glove Bhd ekoran gelombang baharu Omicron di seluruh dunia.

Top Glove merupakan kaunter paling untung dan paling aktif didagangkan dengan mencatat kenaikan sebanyak 28 sen atau 12.9% pada RM2.46 dan sebanyak 42.42 juta saham didagangkan.

Hartalega Holdings Bhd turut sama mencatat keuntungan dengan sahamnya tambah 37 sen atau 6.61% pada RM5.97.

Seterusnya, Supermax Corporation Bhd dan Kossan Rubber Industrial Bhd turut dalam aliran kenaikan dengan Supermax lonjak 8 sen atau 6.35% pada RM1.34 sementara Kossan maju 9 sen atau 4.92% pada RM1.92.

Careplus Group Bhd tambah 9.5 sen atau 10.05% pada RM1.04, Comfort Gloves Bhd and Rubberex Corp (M) Bhd naik 6.5 sen atau 6.74% pada RM1.03 sementara Rubberex mekar 2.5 sen atau 5% pada 53 sen.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fortress Capital Asset Management, Thomas Yong menyatakan gelombang baru Omicron diseluruh dunia telah meningkatkan jangkaan bahawa permintaan yang tinggi bagi sarung tangan akan kekal lama daripada jangkaan awal.

Selain itu, CEO Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong berpendapat aliran menaik dalam saham sarung tangan adalah disebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Malaysia sejak 2 ke 3 hari lepas.

Penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong berpendapat kenaikan saham sarung tangan adalah reaksi terhadap peningkatan kes Omicron di Malaysia dan negara lain.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berpandangan dimana aliran menaik dalam saham sarung tangan hanyalah reaksi mengejut terhadap peningkatan kes Covid-19 dan menasihatkan pelabur supaya tidak terlalu bersemangat.

Menurut laporan media, terdapat peningkatan lebih 100,000 kematian kes Covid-19 sejak 12 Disember sementara di Malaysia pula, kes Covid-19 telah mencecah paras tertinggi melebihi 10,000 kes sejak 2 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa Malaysia kini mengalami gelombang Omicron penuh dengan kes baharu dijangka mencecah 15,000 kes tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat