Omicron? Pelabur Sudah Tak Kisah, Saham Teruskan Momentum Naik

163

Saham global dan minyak meneruskan trend ‘bull’ apabila pelabur bersikap optimis terhadap data ekonomi yang positif serta menolak kesan Omicron terhadap ekonomi walaupun kes semakin meningkat.

Menjelang Krismas pada penghujung minggu, saham meneruskan momentum ‘bull’ selepas data perbelanjaan pengguna naik 0.6% dan jumlah rakyat Amerika Syarikat (AS) yang memfailkan tuntutan baharu bagi faedah pengangguran berkurang.

Selain itu, ‘Rali Santa Claus’ yang digelarkan oleh pelabur bagi menggambarkan cuti Krismas telah meningkatkan lagi dagangan emas dan minyak.

Dalam pada itu, kebimbangan terhadap varian Omicron semakin pudar ekoran Merks dan Pfizer, pembuat dan pengeluar vaksin menyatakan vaksin sedia ada berkesan terhadap varian baharu tersebut dan juga laporan kajian dari Imperial College London yang menyatakan risiko penghospitalan bagi varian baharu tersebut kurang 40% ke 45% daripada varian Delta.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.55% pada 35,950.56 sementara S&P 500 capai 0.62% pada 4,725.79% dan Nasdaq Composite tambah 0.85% pada 15,653.37.

Tolok saham MSCI seluruh dunia menokok 0.72%.

Hasil penanda aras 10 tahun perbendaharaan AS naik 3.5 mata asas pada 1.4926% selepas pelabur beralih daripada aset safe-haven.

Safe-haven dolar meningkat berbanding sekumpulan mata wang lain namun keuntungannya dihadkan oleh sentimen risk-on yang disokong oleh dolar Australia dan pound British.

Harga minyak memanjangkan keuntungan selepas isyarat mengenai kesan varian Omicron mampu dibendung dengan sekatan perjalanan yang baharu telah menyaksikan minyak mentah AS naik 1.37% pada $73.76 setong dan minyak Brent tambah 1.91% pada $76.73.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat