OPEC Bersetuju Tambahan Pemotongan Pengeluaran – Harga Minyak Mentah Gagal Beri Reaksi?

418

Perbincangan antara anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang diketuai oleh Russia, dilaporkan telah bersetuju terhadap cadangan yang diusulkan untuk lebih banyak pengurangan dalam pengeluaran minyak mentah untuk menyokong harga minyak dan mengelakkan lebihan pengeluaran.

Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak berkata mereka telah bersetuju dengan cadangan supaya kumpulan pengeluar meningkatkan pemotongan pengeluaran yang sedia ada pada 1.5 juta tong sehari kepada 1.7 juta tong, iaitu dengan tambahan sebanyak 500, 000 tong sehari.

Sebelum ini, perjanjian pada asalnya telah menetapkan pemotongan pengeluaran sebanyak 1.5 juta tong sehari pada bulan Disember tahun lalu dan ia dilanjutkan ketika pertemuan OPEC pada bulan Julai.

Novak memberitahu pemotongan tersebut akan digunakan sehingga hujung bulan Mac tahun 2020, jangka masa yang lebih pendek daripada yang dicadangkan oleh beberapa menteri OPEC yang telah meminta untuk melanjutkannya sehingga Jun atau Disember 2020.

Namun begitu, delegasi mesyuarat itu dilaporkan belum menandatangani atau mengesahkan persetujuan tersebut, malah tiada butiran lanjut mengenai kesepakatan itu dan bagaimana pengurangan akan dibahagikan di kalangan para pengeluar.

Harga minyak mentah dilihat kurang memberikan reaksi susulan daripada berita tersebut, memandangkan tiada pengesahan lanjut mengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Sementara itu, Menteri Minyak Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman memberitahu bahawa beliau tidak boleh mengatakan terdapat perjanjian mengenainya sebelum bertemu dengan negara anggota bukan OPEC. Beliau turut menambah “semua akan menjadi jelas pada mesyuarat seterusnya”.

Pasaran kini menantikan perkembangan seterusnya dalam mesyuarat pada hari kedua yang akan berlangsung pada hari ini.

Harga minyak mentah Brent menunjukkan penyusutan sebanyak 27 sen kepada $63.12 manakala minyak mentah WTI Amerika Syarikat turun 21 sen kepada $58.22, setakat jam 12.35 tengah hari ini.

Pemotongan pengeluaran oleh OPEC telah sedikit meningkatkan harga minyak mentah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan oleh peningkatan stabil dalam pengeluaran minyak syal di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat