OPEC dan Venezuela Punca Minyak Mentah Melonjak

385

Harga minyak mentah melonjak pada Rabu berikutan faktor OPEC yang menyatakan bahawa mereka terpaksa mengurangkan bekalan minyak lebih banyak pada Januari dan juga sekatan Amerika Syarikat ke atas Venezuela yang menjejaskan industri minyak negara tersebut.

Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), dimana Arab Saudi yang mendominasi sebagai pengeksport terbesar minyak mentah dunia berkata pada Selasa, mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran hampir 800,000 tong sehari pada Januari kepada 30.81 juta tong sehari.

Isu bekalan minyak oleh ahli OPEC iaitu Venezuela menambahkan lagi kenaikan pada harga minyak mentah di mana negara Amerika Selatan itu sedang bergelut dengan krisis politik dan ekonomi. Ramai rakan dagang AS yang merupakan sebahagian besar pemborong minyak mentah Venezuela telah melarikan diri selepas sekatan Amerika Syarikat dikuatkuasakan.

Venezuela cuba untuk mencari alternatif lain bagi sasaran negara eksport minyak mereka terutamanya di Asia, namun tekanan daripada Amerika Syarikat membuatkan banyak negara yang berpotensi, membatalkan hasrat untuk berurusan dengan Venezuela kerana bimbangkan ancaman dari ekonomi terbesar dunia itu.

Kebanyakan bekalan minyak mentah baru adalah daripada Amerika Syarikat di mana pengeluaran meningkat dari lebih 2 juta tong sehari tahun lalu kepada rekod terbaru sehingga 11.9 juta tong sehari menjadikan negara tersebut pengeluar minyak terbesar dunia mengatasi Rusia dan Arab Saudi.

Dengan OPEC, temasuk Rusia, yang sedang mengurangkan bekalan minyak mentah mereka, pengeluaran di Amerika Syarikat dijangka akan terus meningkat ke paras lebih tinggi disokong lagi oleh kenyataan daripada Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga pada Selasa yang menyatakan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat diramalkan mencapai 13.2 juta tong sehari pada tahun 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat