OPEC+ Kini Ada Sebab Untuk Kekalkan Keluaran Semasa

235

Harga minyak mentah kembali meningkat, mengimbangi beberapa kerugian yang dicatatkan pada sesi sebelumnya dengan jangkaan bahawa pertemuan OPEC dan sekutunya pada hari ini akan menyaksikan pengekalan dalam komitmen pengeluaran.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat 1.2% pada $63.52 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 1.3% dan diniagakan di sekitar harga $60 setong.

OPEC dan sekutunya, atau lebih dikenali sebagai OPEC+ akan bertemu pada hari ini, di mana isu mengenai pengeluaran global untuk bulan Mei akan menjadi agenda utama.

OPEC+ kini mengurangkan pengeluarannya sekitar 7 juta tong sehari untuk menyokong harga dan Arab Saudi juga secara sukarela mengurangkan outputnya sebanyak 1 juta tong sehari sejak Mac.

Terdapat jangkaan positif bahawa OPEC+ akan kekal dengan pengeluaran semasa, lebih-lebih lagi sebelum ini Arab Saudi dilaporkan menyatakan kesediaannya untuk menyokong cadangan bagi melanjutkan komitmen pemotongan pengeluaran semasa sehingga bulan Mei atau Jun.

Ini ditambah lagi dengan situasi di Kesatuan Eropah (EU), yang mana langkah sekatan dilanjutkan lebih lama disebabkan gelombang ketiga yang kembali menyerang blok itu.

Terbaru, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan penutupan (lockdown) ketiga di seluruh negara selama empat minggu berkuatkuasa pada hari Sabtu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat