OPEC ‘Pengawal’ Harga Minyak Dunia

207

Petroleum atau minyak mentah menjadi sumber bahan bakar yang sangat berharga di dunia. Bagaimanapun, minyak juga boleh menjadi alat atau senjata ekonomi dan politik dunia sehingga boleh mencetuskan peperangan.

Namun siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mengawal harga minyak mentah dunia? Sebelum itu, mari kami ceritakan sejarah awal perdagangan minyak dunia.

Pada mulanya, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara yang mempelopori perdagangan minyak dengan beberapa syarikat seperti Exxon dan Shell.

Seperti yang diketahui umum, tiga negara pengeluar minyak terbesar dunia adalah AS, Arab Saudi dan Rusia. Walaupun AS pengeluar minyak terbesar tetapi Arab Saudi merupakan negara pengeksport terbesar dengan kebanyakan negara di Asia bergantung kepada minyak Arab Saudi manakala Eropah pula mengimport minyak dari Rusia.

Pada awal abad ke-20, negara-negara di Timur Tengah mula menonjol selepas penemuan minyak mentah daripada aktiviti perlombongan.

Sekitar tahun 1950-an, kerajaan negara-negara pengeluar minyak mula ‘menunjukkan’ kuasa mereka bagi mengawal sumber minyak dan gas.

Pada tahun 1960, lima negara pengeluar minyak terbesar dunia iaitu Arab Saudi, Iraq, Iran, Kuwait dan Venezuela telah bergabung membentuk sebuah organisasi yang digelar sebagai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum atau OPEC.

OPEC ditubuhkan bertujuan untuk memantau kestabilan harga minyak dalam pasaran yang sebelum ini dikawal oleh kumpulan syarikat pengeluaran minyak di AS.

Dalam tempoh 1960 hingga 1975, OPEC disertai oleh negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Indonesia, Qatar, Algeria, Nigeria, Ecuador dan Gabon.

Pada 1970-an, harga minyak mula melonjak sehingga melepasi paras AS$100 setong.

Meskipun United Kingdom (UK) dan Rusia mempunyai bekalan minyak yang banyak di negara mereka tetapi kedua-dua negara itu tidak mahu terikat dengan peraturan harga OPEC.

Namun, selepas bekalan minyak dunia bertambah banyak, harga minyak mulai jatuh semula.

Sekitar tahun 2000, ekonomi AS, China dan Eropah semakin berkembang serta negara mereka memerlukan lebih banyak bekalan minyak untuk menampung kegunaan dalam sektor pengangkutan, pembuatan dan sebagainya. Sehingga sekarang, kesemua negara ini memang terkenal sebagai pengguna minyak terbesar di dunia.

Walaupun AS pengeluar minyak terbesar di dunia tetapi disebabkan ekonomi negara itu yang memerlukan lebih banyak bekalan minyak daripada yang mereka hasilkan, negara berkenaan perlu mengimport minyak dari luar negara.

Berikutan itu, penganalisis komoditi akan memantau laporan inventori minyak mentah AS yang dikeluarkan setiap minggu. Apabila bekalan minyak mentah AS berkurangan, maka negara itu akan mengimport lebih banyak minyak. Dari situ, penganalisis boleh menjangkakan harga minyak akan naik.

Permintaan minyak yang mula meningkat akan menyebabkan harga minyak turut melonjak. Maka apakah peranan OPEC untuk menstabilkan semula pasaran minyak mentah ini?

OPEC akan mengurangkan bekalan minyak dalam pasaran menerusi mesyuarat bersama negara-negara anggota untuk membincangkan mengenai pengurangan pengeluaran minyak mentah.

Sekiranya semua negara anggota bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran, bekalan minyak akan semakin berkurang, maka harga minyak bakal naik semula.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat