OPEC: Permintaan Tinggi Minyak Mentah Pada 2018

77

OPEC dalam laporan bulanannya pada Khamis meramalkan permintaan minyak mentah yang lebih tinggi pada 2018 disokong oleh peningkatan penggunaan global dan juga pertumbuhan penawaran yang perlahan. Sebelum ini, terdapat peningkatan dalam pengeluaran OPEC itu sendiri yang menunjukkan lebihan bekalan akan berterusan.

OPEC juga berkata bahawa dunia memerlukan 32.42 juta tong sehari tahun hadapan, naik sebanyak 220,000 tong dari ramalan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, OPEC melaporkan pengeluaran daripada 14 negara anggota melebihi daripada permintaan yang disebabkan oleh peningkatan keluaran dari Libya dan Nigeria, dua negara anggora yang dikecualikan daripada perjanjian pemotongan.

Pada Julai, OPEC merekod peningkatan keluaran sehingga 173,000 tong sehari kepada 32.87 juta tong sehari disebabkan pengecualian kepada Nigeria dan Libya di samping eksport oleh negara pengeluar terbesar Arab Saudi.

Data-data ini menunjukkan OPEC hanya mematuhi perjanjian sebanyak 86% menurut anggaran yang dibuat oleh Reuters, ia merosot daripada 96% sebelum ini pada Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat