OpenSea Jadi ‘Bandar Berhantu’, Dagangan NFT Merosot 99%!

942

OpenSea, pasaran non-fungible token (NFT) terbesar di dunia menyaksikan penurunan ketara dalam jumlah harian disebabkan kebimbangan kebanyakan individu terhadap potensi pasaran tersebut untuk berkembang.

Secara konteks, pasaran memproses transaksi NFT bernilai $5 juta pada 28 Ogos adalah 99% lebih rendah berbanding rekod tertingginya sebanyak $405.75 juta pada 1 Mei.

Hal ini tercetus apabila penurunan besar volum harian serta penurunan drastik pengguna OpenSea dan transaksi adalah disebabkan kebanyakan individu mula kurang minat dalam koleksi berasaskan blockchain sejak beberapa bulan ini.

Misalnya, harga lantai Bored Ape Yacht Club (BAYC) turun sebanyak 53% iaitu 72.5 Ether (ETH) pada Ogos 28 berbanding 153.7 ETH pada Mei 1, manakala harga lantai CryptoPunks jatuh 20% daripada paras tertinggi Julai iaitu 83.72ETH.

Tegaslah, harga NFT disebut dalam mata wang asli blockchain, oleh itu koleksi digital dibuat pada Ethereum akan dibeli menggunakan Ether yang juga bermakna harga NFT jatuh jika penilaian pasaran ETH menjunam.

Minggu lepas, BendDAO, sebuah organisasi autonomi decentralized yang membolehkan pemilik NFT mencagarkan koleksi digitalnya dengan mengambil pinjaman dalam ETH bernilai 30% hingga 40% daripada harga lantai NFT telah mengundi untuk menukar kod protokol bagi menjadikan cagaran NFT lebih mudah.

Oleh demikian, undian berlaku selepas kenaikan harga Ether meningkatkan nilai pinjaman dalam denominasi ETH dari segi dolar, seterusnya harga NFT menjunam termasuklah mengurangkan nilai cagaran yang dipegang oleh BendDAO.

Akibatnya, BendDAO menghadapi krisis hutang yang membuatkan peminjam tidak dapat membayar pinjamannya dalam denominasi dolar disebabkan kejatuhan harga ETH.

Malah, pemberi pinjaman sukar mendapatkan semula jumlah pinjamannya kerana kejatuhan penilaian cagaran.

Justifikasinya, harga lantai NFT termasuklah BAYC bakal menjunam lebih jauh jika kecairan pasaran berterusan ‘kering’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat