Opocot! Sampai 140 Pips GBP/USD Terjun Balik Ke Bawah

194

Pada Jumaat lalu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah paparkan terjunan harian sehingga 140 pips!

Apa yang berlaku sebenarnya adalah disebabkan pengukuhan semula yang dipaparkan oleh US dolar dipercayai berlaku aktiviti profit taking oleh para pemain pasaran setelah menyaksikan raja mata wang itu menyusut sepanjang minggu.

Isyarat lebih jelas diperolehi pasaran apabila data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang semakin menurun memberi gambaran bahawa dasar pengetatan oleh Federal Reserve (Fed) semakin menghampiri penghujungnya.

Justeru, US dolar dijangka akan bergerak lemah menuju mesyuarat FOMC di awal Mei nanti, dan membuka ruang untuk Pound terus meningkat selepas ini.

Namun, tumpuan akan terarah pada data pekerjaan dan inflasi UK pada minggu ini yang akan memacu arah buat mata wang Britain itu.

Pada ketika ini, berkemungkinan momentum pengukuhan US dolar masih lagi akan menekan harga di awal minggu.

Harga kini berlegar perlahan di zon 1.24000 setelah terjunan pada Jumaat lalu mencecah ke zon tersebut.

Pergerakan harga yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) juga mendorong jangkaan penurunan harga bakal diteruskan.

Penurunan lebih rendah harga dilihat akan menuju pula zon tumpuan pada 1.23000 yang berkemungkinan akan menjadi sokongan untuk melantunkan semula harga.

Jika tembus lebih rendah, harga akan menuju ke zon tumpuan seterusnya pada sekitar 1.22000.

Namun, jika harga berjaya melonjak semula dari 1.24000, rintangan adalah pada 1.25000 untuk dilepasi sebelum memberi menyambung trend bullish kembali.

Paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.25400 jika berjaya diatasi akan menjangkakan paras tertinggi terbaru akan dicatatkan dengan sasaran pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat